Wednesday, July 24, 2013

patch aneka ragam

Patch ni bukan banyak ragam tapi sebetulnya patch ni  yang paling subur antara 3 patch yang ade dalam kebunkome. Plan awal buat patch ni untuk tanam jagung USA, tapi minggu ke minggu bertambah-tambah pulak koleksi sayur. Ada bayam hijau, peria katak, kacang hijau ( ni juz eksperimen saya je nak tengok pokok dia macam mane), bawang merah, bendi, labu, pokok cili dan ulam raja tumbuh sendiri pun nak menyelit jugak.
2 ke 3 hari lagi bayam-bayam tu insyaAllah cukup masa matang dapatla kami petik buat lauk berbuka. Saiz patch ni kecik je, agak2 dalam 2 kali 3 kaki je kut. Location kat depan pondok kecik yang kami bina untuk tujuan lepak-lepak belakang rumah tapi sekarang da jadi tempat aktiviti memanggang, menyalai, membakar dan berkebun.

Tanah asal patch ni adalah tanah liat yang kurang subur, keras dan banyak batu. Cara saya menyediakan patch ni mudah je. 
Step 1: bakar rerumput kering atas tanah asal (masa nih belum tau lagi cara buat kompos dan rumput kering boleh dijadikan kompos)
Step 2: Kami tunggu a few weeks biar air hujan sebatikan tanah bakar dengan tanah asal.
Step 3: Gemburkan, letak baja, siram lagi
Step 4: Tanam anak jagung, labu, bayam dsbnya
Step 5: baru kepung dengan batu bata dan batu besar yang saya jumpa bile gali lubang kompos.
mudah kan..

ni cara saya, main agak2 je, guna pun bahan2 terbuang, kayu pancang untuk peria tu dari dahan kedondong dikebun kome, air dalam baldi tu air hujan yang guna untuk siram pokok. Sekali-sekala saya siram dengan air basuhan ikan.








Buat masa ni, saya peratikan ada pokok yang subur kat certain area, ada yang lambat besar dan daun jadi kuning, kat area lain, kene tambah extra baja ni..

2 comments:

  1. Salam,

    Cemburunyaaa saya orang lain tanam sayur hidup subur siap ada patch lagi :)

    Saya ni..tanam sawi dgn pak choi pun tak penah berjaya(padahal ni paling basic dan senang),ulam raja pun mati kecut(padahal kat kebun orang lain siap ada volunteer seedlings lagi!),bawang pun tak subur sampai daun jadi kering dan keras tak macam daun bawang yang ditayang kat blog-blog lain.

    Sekarang pokok sayur cuma bendi emas je yang tinggal,tu pun tak besar-besar sejak pindah masuk polibeg :(

    Apa rahsia Pn Zila ye?(saya cuma mampu container gardening)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya takde rahsia ape pun (betul ni, x tipu..), kadang2 ikut nasib jugak, maklumlah kita bkn pekebun sepenuh masa..untuk pengetahuan, bayam je setakat ni yang menjadi bila tanam, tapi kalo sawi ke kailan ke kangkung ke pak choi ke same je nasib ngan tanaman narshifa...hehe..jom kita sama2 berguru pada otai2 blogger tani..

      Delete