Showing posts with label petua orang lama. Show all posts
Showing posts with label petua orang lama. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

PISANG....pokok serba guna

Pokok pisang pokok pelbagai guna...ada macam-macam jenis pokok pisang...yang sedap dimakan mentah-pisang berangan, pisang mas, pisang lemak manis....yang sedap dibuat cekodok-pisang siam masak ranum...yang sedap digoreng tepung-pisang kelat siam, pisang nangka, pisang tanduk...yang sedap dijadikan kerepek-pisang nangka muda....

selain tu ada jugak  pisang rastali, pisang embun, pisang kelat abu, pisang jari buaya, pisang kaki....oopsss...salah pulak......pisang kaki langsung tak ada kene mengena dengan family pisang... kalau tak percaya, cuba tanye encik gooogle...

tapi bukan buah pisang je sedap di makan, jantung pisang sedap dimasak lemak kuning @ goreng pedas @ nak lebih power lagi dicelur dan dibuat ulam cicah budu...hhuhuh...kecur air liur....

Daun pisang pun banyak gunanya...bungkus kuih koci, bungkus lepat, bungkus nasi lemak, pembungkus ikan bakar....dan yang paling best...daun muda yang bergulung tuh buat bungkus lemang....terbaikkkkkkk...
Petua orang lama pulak, gunakan daun pisang untuk basuh ikan sungai seperti patin...keli...kaedah ni dapat membuang lendir ikan dan kurangkan hanyir ikan...

Pelepah pisang pulak saya selalu guna untuk cuci kerang...caranye..letak kerang dalam baldi...isi air...then, tonyoh2 dan tenyeh2 pada kerang tu...air yang jernih tu akan jadi keruh so silalah buang yer...pastu ulang step yang sama beberapa kali sampai anda puas hati..ok...

Gambar kat bawah ni, merupakan koleksi yang ada di kebunkome...iaitu pisang lemak manis dan pisang berangan...

pisang berangan

pisang lemak manis
pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
pisang lemak manis naik air asia,
tanam sepokok menjadi-jadi...

Tuesday, May 21, 2013

diam diam ubi berisi....makin diam makin menjadi

Orang dolu-dolu punya peribahasa selalu diilham dari alam semulajadi kan????Kome bukan nak cerita pasal peribahasa ni tapi pasal koleksi tanaman kebunkome iaitu pokok ubi kayu.

Ada 2 jenis iaitu ubi kayu berdaun lebar dan ubi kayu berdaun panjang. Setakat ni kome dah tanam 5 perdu daun lebar dan 2 perdu daun panjang. Benih daun lebar ambil dari ubi yang tumbuh meliar kat tepi jalan. Benih daun panjang pulak... as usual imported from Jengka.

Pokok ubi ni baru berusia 2 bulan lebih dan sangat mudah ditanam. Cucuk je batang die kat atas tanah, insyallah dalam tempoh seminggu dah bertunas. Kami dah pernah petik sekali pucuk muda.

Abah pesan kalau nak petik pucuk muda ubi kayu yang baru ditanam/sedang membesar, jangan patahkan seluruh pelepah pucuk muda tapi kita juz petik daun muda ketiga dan keempat. Yang lain tinggalkan kat pokok.

KENAPA????sebabnya  tak nak tumbesaran ubi terbantut.

ubi kayu daun lebar

ubi kayu daun panjang

keladi lambuk vs keladi biasa

Di kebunkome setakat ni ada 2 jenis keladi, keladi lambuk dan keladi biasa. Alhamdulillah dua2 jenis keladi segar menghijau. Batang keladi lambuk boleh dimakan mentah dan sedap dijadikan ulam. Selain tu, boleh jugak digoreng pedas bersama ikan sardin atau goreng belacan.

Benihnya diimport dari Jengka. Pesan abah kome, kalau nak tanam keladi lambuk ni kena tanam jauh dari keladi biasa. Takut terjangkit miang keladi biasa, nanti tak boleh makan mentah.

keladi lambuk

Keladi biasa yang ada di kebunkome adalah dari jenis batang merah. Benihnya dibeli di pasar. Pada asalnya hanya ada 5 pokok, tapi sekarang ni dah banyak keluar anak keladi baru. Keladi ni tak boleh dimakan mentah... gatallll.... kalau masak kena lama sedikit.

Antara petua yang mak kome selalu guna untuk hilangkan miang keladi ialah masukkan buah pinang atau sesudu minyak masak ke dalam masakan keladi. Masakan paling best adalah gulai tempoyak keladi. Ubinya pulak sedap digoreng celup tepung.

keladi biasa