Thursday, February 13, 2014

pindah rumah lagi...

salam khamis..
tahun ni kami pindah rumah lagi untuk kali yang ketiga..
hopefully the next time pindah balik ke kuantan terus...setia menghitung hari untuk pulang semula ke kampung halaman...penat eh jadi perantau nih...ape boleh buat, rezeki kami di bumi kenyalang..

insyaallah legacy kebunkome akan diteruskan di rumah baru yang punya tanah cuma sekangkang kera...
tengah plan nak tanam ape kat ruang kecik tuh..tak dapat nak muat semua tanaman macam kat rumah sewa lama....

apa pun kami lebih happy dapat pindah kali ni walaupun penat pindah barang tak abes lagi...


Friday, September 13, 2013

homemade CAMBOH

Salam Jumaat buat semua, penghulu segala hari...moga kemuliaan hari ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita, InsyaAllah....
Camboh a.k.a taugeh/bean sprout adalah sayur yang sangat sedap sebagai rencah tambahan dalam masakan mee, bihun atau kue tiow-eh betul ke eja ni.....kalau tak ada camboh supe macam makan budu tanpa ulamnya...hehehehhee..

Dah lama saya berangan nak buat taugeh sendiri sejak terbaca cara buat taugeh dari blog olive in the house...tambahan lagi cik olive bagi cara yang sangat mudah dan senang di follow....oppps...Oh My English...
Jom tengok hasil projek saya...

Bahan-bahan/alatan yang di perlukan:
 1) kacang hijau


2) Teko bertutup-(saya guna seramik sebab ini je yang ada)


Cara-caranya:

Rendam kacang hijau semalam-lebih kurang 8 hours.
Esok paginya, bilas dan masukkan dalam teko bertutup.
Simpan di tempat gelap.
Lepas tu bilas sekali lagi pada tengahari, petang dan malam.
Ulang perkara yang sama sehingga anda puas hati dengan hasilnya. (lebih kurang 4-5 hari)

Cara nak bilas tuh juz masukkan air melalui mulut teko,  dan goncangkan sedikit dan buang air tu.
Jangan buka penutup teko untuk elakkan taugeh bertukar warna.
Tapi saya buka jugak sekali-sekala nak tengok progress...

Tadaaaaa...inilah hasilnya.....CAMBOH bak kata dear hubby...


kali pertama cuba, saya tak reti nak agak kuantiti kacang dengan saiz teko, so agak banyak la. Dalam mangkuk nih adalah sebahagian kecil hasil akhir.......


Selamat mencuba.....
Kalau nak penerangan lebih lanjut boleh berblogwalking di OLIVE IN THE HOUSE...
lepas ni nak try guna kacang soya pulak, boleh buat camboh besar punyer....hehehhehe........

Tuesday, September 10, 2013

terung telunjuk dan tuaian sulung

Buah terung telunjuk adalah sayur faveret saya yang dimasak bersama ikan patin tempoyak. Rasenye, perrgghhh...... boleh pengsan bangun makan semula....hehhehhe....maafkan sekiranya agak ekstrem perumpamaan tuh...
Dekat sini sangat sukar nak dapatkan ikan patin fresh, yang ado pun da tergolek atas tray gerai, saiz die pulak besaq tak ingat takut nak makan coz terbayang kan apela ikan patin tu makan sampai boleh besar camtu...
Malam2 cenggini teringat pulak ikan patin gulai masam tempoyak,huhuhu, sadisnye.....balik kampung baru bole makan...
Untuk mengubat kerinduan hati, saya tanamla pokok terung telunjuk nih. Benihnya ambik dari kampung. Dah lama dah saya tanam pokok ni, adelah 9 bulan baru berbuah sulung.
Tuh gambar bawah tu buah sulung terung telunjuk yang gambarnya saya snap 3 minggu lepas.



Ni hasil tuaian sulung terung telunjuk dan terung panjang ungu. Terung ungu kami da selamat ngappp, tapi terung telunjuk saya angan-angan nak buat rampai gulai masam ikan keli @ ikan talapia. Errrmmmmmm, nampaknya esok kene pi pasar tengok kut-kut ade ikan talapia ke keli ke, walau rase tak sehebat patin, tapi boleh la layannnnnn, sedap jugak.....



kucai - akhirnya bertemu jua

Sejak saya berkecimpung secara serius dalam tanam-menanam nih, inilah pokok idaman yang dah lama dicari-cari, baru kini bertemu jua. Benar kata en is tanamsendiri yang bebawang kucai sangat sukar diperolehi @ di jual di mana2 nursery atau pasar tani, kalau ada pun tak jual....

Pernah sekali semasa saya pergi  kesebuah nursery masa awal bulan puasa ari tu survey2 pokok apa yang ada, saya terpandang la pokok kucai ni, terus ati berbunga riang ada harapan nak beli. 

Bila tanya pekerjanya berapa harga sepokok, die cakap tauke tak jual, tanam untuk makan je, 
tapi saya tak mengalah lagi terus pujuk2 mintak beli, hmmm tapi hampeh ayat pujuk tak power, so kami pulang tangan kosong dengan hati yang keciwa, so sadd..... 



Tapi masa kami balik bercuti raya di kampung, saya sempat la pergi bawak mak saya shopping barang di tunas manja, maran. Kebetulan hari tu ada pasar tani di bandar maran, apalagi saya pun jalan-jalan cuci mata. dan tak disangka-sangka  ternampak dek mata saya sorang pakcik nih dia jual sayur kampung dan jugak anak pokok. So kerana memang habit saya pantang tengok orang jual anak pokok mesti nak pegi belek lagi dekat.

Rupa2nya Allah nak temukan saya dengan si kucai ini, apa lagi terus beli dengan harga rm6 se polibeg. Ada tujuh pokok dalam tuh, memang heppi sesangat....sekarang, pokok nih saya da alih ke atas tanah di kebun belakang rumah kami...


buah kristal, hanya di kuching

Sejak kami berdua di arah pindah ke tempat kerja baru @ kuching, setahun yang lalu, pasar tamu @ satok merupakan tempat faveret hujung minggu kami outing @ shopping. Banyak benda eksotik dan pelik yang kami jumpa terutamanya buah-buahan, sayur, lauk mentah dan banyak lagi la. 

Buah ni namanya buah kristal, first time try terus jatuh cinta dengan rasanya. Harganya agak mahal, sekarang nih rm14 sekilo. Pernah kami beli dengan harga rm17 sekilo. Kulit buah keras dan agak tebal. Isi dia seakan-akan isi longan atau mata kucing. Biji pun hampir sama. Cara nak kopek pun lain dari yang lain. Kene ketuk atas permukaan yang keras dulu, then bila pecah barula boleh kopek dan makan isinya yang berjus dan manis tuh...fuhhhh...memang sedap ahhhh......



oleh sebab saya sangat suka makan buah ni, saya bercadang nak semai banyak2 bijinya yang saya kumpul banyak dah selama ni, then bawak balik kampung bagi abah saya tanam banyak2...saya da berangan nanti boleh perkenalkan buah eksotik sarawak kat orang kampung saya dan boleh jual banyak sambil untung banyak, hehheheh..............
saya fikir buah ni diberi nama kristal kerana isinya yang putih jernih ala2 kristal gitu kut...

mekarnya harum

Masih ingat lagi entry saya tentang pokok2 bunga hiasan yang saya perolehi secara percuma dari teman kerja yang berpindah...salah satu pokok tuh da berbunga, dan betul tekaan saya pokok tu adalah pokok akar dani.

Dramatik betul perkembangan bunga akar dani, dari kudup bunga putih lepas tu kembang putih then tukar warna pink muda then pink terang sampaila merah dan akhirnya gugur..

Bukan setakat tuh, mekarnya mengharum..saya perasan pasal bau yang harum bila buka je pintu rumah semerbak bau wangi menyerbu masuk, lagi2 bila malam hari..




Thursday, August 22, 2013

pergi beraya jumpa markisa

Setelah lebih 2 minggu tak update new entry, hari ni ade sedikit masa lapang, (sebenarnya ada banyak masa lapang tapi selalu je masa malas join sekali, hehehh...)

Jumaat lepas kami beraya di kuantan, di rumah sepupu. Macam bese la, bila bertandang, tanye khabar, makan-makan, minum-minum, borak-borak....
sedar2 dah dekat sejam dok lepak, mintak diri nak balik, sambil2 turun tangga rumah sepupu, ntah camne terbuka la pasal topik berkebun..
wife sepupu yang dipanggil kak milah terus je offer pokok markisa untuk di tanam, saya pun apa lagi, ringan je mulut cakap nak...
hehhhehehe..orang dah offer, setuju je la kan, kami pun jenguk la belakang rumag sepupu, tempat dia tanam pokok markisa, ni haaa, terkejut tengok betapa rimbun nye pokok tu ala2 tanam kat tempat sejuk. Tengok sepintas lalu nampak macam tak ada buah, tapi bila belek2 daun die yang hijau merimbun tuh, boleh tahan jugak buahnya.




Dalam satu besen lama yang di kitar semula untuk menanam, ade lebih 20 anak pokok markissa Akak milah suruh ambik je semua, mula2 tu malu2 kucing, konon nak ambik 2 ke 3 pokok je cukupla, tapi bila try gali anak pokok yang tumbuh rapat satu sama lain, memang x dapat nak ambik tiga je tanpa mencederakan yang lain, so my hubby pun apa lagi, gali semua, tamak betul...

 Sayangnya, gambar lupa nak snap, pokok tuh masih di kuantan, di rumah kakak, dan telah di alih ke dalam pasu.
Cadangnya nak tanam di rumah kami di kuantan, rumah sewa dan di kampung. Tunggu balik raya haji nanti baru sambung projek markisa. Balik ari tu tak dan nak bungkus untuk bawak balik ke Kuching..