Thursday, August 1, 2013

tanaman baru di taman hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan rakan-rakan tani. Saya pasti masing-masing sekarang nih mood raya active high sokmo. Kalo yang duk jauh tuh mesti tengah rancang perjalanan balik kampung. Kalo yang duk dekat tu, mesti bz buat preparation untuk persediaan menjelang Aidilfitri kannn???
Saya pulak, tengah mood heppi coz esok nak balik kampung...seronoknya, tak sabar nak jumpa mak, abah, kakak, abang, adik, anak buah, ipar duai nak berbuka sama-sama.

Hari ni saya nak sambung cerita entry semalam. Nak show picture pokok baru yang ada di taman hiasan kami. Pokok-pokok nih saya beli secara tak sengaja semasa shopping barang dapur kat pasar Satok dalam 3 minggu lepas kut. Kami memang akan shopping barang dapur once a week memandangkan kami stay agak jauh dari bandar. So everytime saya ke sana, tempat wajib saya window shopping adalah gerai jualan anak pokok. Tak beli pun takpe, asal dapat cuci mata, tenang jiwa, hehehhe....

Pada hari kejadian, saya dah aim dah beberapa anak pokok, so bila odw balik ke kereta, singgah lah jap kat gerai tu. Mula-mula, masa pepagi hari sampai, saya beli keratan bunga ros belang putih-merah dan belang putih-pink. Saya beli sebab tertarik dengan corak bunga tu yang tak pernah saya jumpa sebelum nih. Lagipun harga dia agak murah compare beli anak pokok ros. Tapi yang beshnya, keratan nih dah berakar so balik rumah juz letak dalam pasu  dan tambah tanah.

Lepas tu saya beli pulak herba yang dah lama aim, rosemary. Tengah sebuk-sebuk mintak diskaun, nampak pulak anak pokok misai kucing, pokok stevia ngan satu pokok herba. Bila tanya uncle tuh, dia cakap, itu pokok belalai gajah, boleh buat ubat. So, saya pun tangkap lah semua. Dapatla diskaun singgit setiap satu pokok.
So inilah hasilnya, enjoy the close-up photo...

Herba belalai gajah

herba misai kucing

herba stevia

herba rosemary

ros belang putih-merah

ros belang putih-pink

Lepas nih nak memburu herba pecah beling, sambung nyawa dengan pokok bismillah pulak..tapi rasenya kena berkenalan dulu la dengan herba2 nih, nanti takdela tersilap beli.....


8 comments:

  1. salam...herba belalai gajah tu boleh buat ulam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, pucuk muda dia boleh buat ubat, hari tu ade tengok agro jurnal kat tv1 pasal tanaman nih la, memang banyak khasiat dia;gout,darah tinggi, kanser.

      Delete
  2. Salam..amboiii,ni baru shopping pokok raya!hehe.Best la Pn. Zila duk kat tempat yang banyak sumber tanaman menarik lagi murah camni..kat tempat saya jangan harap la.anak pokok rosemary pun saya tak penah jumpa lagi kat sini yang dijual.Ingatkan herba belalai gajah tak dijual secara komersial anak pokoknya,rupanya ada juga ye.Gud luck will those new anak2 angkats,hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, org lain shopping baju, saya sebuk shopping pokok, tula kat pasar satok tuh macam2 pokok jual, pokok buah, bunga, herba, saya je kenal tak kenal
      herba belalai gajah tuh 1st time jumpa, tau je pokok herba terus beli

      Delete
  3. BTW,nama dan tema taman dah boleh tukar ke Taman Herba =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm...cadangan yang baik, akan difikirkan

      Delete
  4. Subur-subur je pokok yang Zila beli tu,kena rajin lah buat ulam herba-herba tu banyak khasiatnya. Kalau nak keratan pokok pecah beling saya boleh kongsi. email saya kat saodahmail@gmail.com ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, blm sempat pun ambik buat ulam, nk tgu besar ckit, pecah beling mudah ke hidupnya? saya ingat nak cari dulu anak pokok kat mana nursery ke pasar tani ke, nanti kalo tak jumpa, saya emel saodah ek? tq sebab sudi berkongsi...

      Delete