Showing posts with label ulam raja. Show all posts
Showing posts with label ulam raja. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Giveaway seeds...ulam raja

Semasa saya asyik melawat kebun maya teman2 blogger, saya perasan yang blog srikota garden ade menawarkan benih kongsi kepada sesiapa yang berminat (maaflah kalau saya tersilap). Hari rabu baru ni, masa melawat kebun kat belakang rumah, tengok pokok ulam raja ada banyak benih yang dah matang. Makanya.....tetiba dapat idea nak kutip semua seed tuh, nak share kat sesape yang berminat, tak banyak pun tapi kalau pack nanti agak2nya adalah dalam 3 ke 5 pek bergantung kepada permintaan. Kalau tak ramai yang nak, banyaklah dapat, kalau ramai, kurangla sikit.

Sebelum ni saya biarkan aje benih2 yang dah kering terbang ditiup angin. Tapi bile ronda2 dalam kebun, tengok merata-rawa anak pokok ulam raja tumbuh sendiri. Sebab taknak pokok ulam raja terlalu dominan dan bermaharajalela dalam kebun sampai pokok lain pun kene tabik springggg kat dia, maka tercetusla idea nih....

So sesapa yang nak tambah koleksi ulam kat kebun ke atau yang  tak berjaya lagi tanam pokok nih, jangan malu-malu, jangan segan-segan, mehla order. Sila tinggalkan komen dan mohon emel kepada saya di zil_hass@yahoo.com for details. Insya Allah jika ade rezeki, benih sangat mudah bercambah, nanti hari2 boleh mengulam raja cicah budu.

Buat masa ni, ini jer yang mampu saya kongsikan. Kalau tak bizi, saya akan poskan minggu depan.
Gambar benih takde, lupa nak snap...hehehhe...


Friday, May 24, 2013

Ulam raja yang banyak berjasa...

Salam ceria semua...mesti tengah bahagia kan, ari ni dapat spend masa ngan family sempena public holiday....Me tooo....sedang bersenang-lenang di rumah bersama cinta hatiku sambil memasak, berblog, menonton dan jugak BERKEBUN...hehhehe...

Dalam banyak-banyak ulam...ulam raja yang selalu menceriakan kami sekeluarga...tumbuhnya yang hijau merimbun lagi segar bugar......memang asyik sungguh jadi tatapan mata yang melihat...kat celah-celah tuh terselit pokok kunyit yang tak berapa nak menjadi...mebi kalah ngan ulam raja untuk membesar dengan sihat....

Actually, ulam raja ni kami tanam guna keratan pucuk yang dibeli di pasar tani....murah je, cuma Rm1......pokok ni lah yang mula2 kami tanam bile pindah ke rumah sewa baru awal Disember tahun lepas...

Idea tanam guna keratan pucuk ni dapat dari jiran kami di kuantan....sebelum ni ingatkan ulam raja cuma boleh ditanam guna benih...tapi bile tengok jiran sebelah rumah cocok je pokok ni atas tanah..then baru la tau.... ooooo.....rupenya pokok ni boleh tanam guna keratan pucuk......

Ulam raja bunganya cantik...warna pink gitu...bile mekar banyak....terus mewarnai kebunkome...rama-rama pun rajin menyinggah....dari bunga tu lah benih terhasil...bila bunga dah layu...benih pun jadi matang...kalau tak kutip, bile angin lalu...benih tu pun bertebaran.....

Sekarang ni, dah banyak anak-anak pokok yang tumbuh dari sebaran benih yang jatuh sendiri atas tanah...
pucuknya dah banyak kali petik untuk buat ulam cicah sambal tempoyak.....sambal budu...dan sambal belimbing hitam...memang berbaloi-baloi tanam pokok ni...sape-sape yang suka sangat makan ulam ni...tak rugi tanam tau...dapat enjoy berterusan ulam organik lagi fresh...from  garden to mouth.....