Showing posts with label herba. Show all posts
Showing posts with label herba. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Ulam raja yang banyak berjasa...

Salam ceria semua...mesti tengah bahagia kan, ari ni dapat spend masa ngan family sempena public holiday....Me tooo....sedang bersenang-lenang di rumah bersama cinta hatiku sambil memasak, berblog, menonton dan jugak BERKEBUN...hehhehe...

Dalam banyak-banyak ulam...ulam raja yang selalu menceriakan kami sekeluarga...tumbuhnya yang hijau merimbun lagi segar bugar......memang asyik sungguh jadi tatapan mata yang melihat...kat celah-celah tuh terselit pokok kunyit yang tak berapa nak menjadi...mebi kalah ngan ulam raja untuk membesar dengan sihat....

Actually, ulam raja ni kami tanam guna keratan pucuk yang dibeli di pasar tani....murah je, cuma Rm1......pokok ni lah yang mula2 kami tanam bile pindah ke rumah sewa baru awal Disember tahun lepas...

Idea tanam guna keratan pucuk ni dapat dari jiran kami di kuantan....sebelum ni ingatkan ulam raja cuma boleh ditanam guna benih...tapi bile tengok jiran sebelah rumah cocok je pokok ni atas tanah..then baru la tau.... ooooo.....rupenya pokok ni boleh tanam guna keratan pucuk......

Ulam raja bunganya cantik...warna pink gitu...bile mekar banyak....terus mewarnai kebunkome...rama-rama pun rajin menyinggah....dari bunga tu lah benih terhasil...bila bunga dah layu...benih pun jadi matang...kalau tak kutip, bile angin lalu...benih tu pun bertebaran.....

Sekarang ni, dah banyak anak-anak pokok yang tumbuh dari sebaran benih yang jatuh sendiri atas tanah...
pucuknya dah banyak kali petik untuk buat ulam cicah sambal tempoyak.....sambal budu...dan sambal belimbing hitam...memang berbaloi-baloi tanam pokok ni...sape-sape yang suka sangat makan ulam ni...tak rugi tanam tau...dapat enjoy berterusan ulam organik lagi fresh...from  garden to mouth.....




Thursday, May 16, 2013

Selasih oh Kemangi

Hasil kajian ilmiah daripada buku dan pakcik google, baru kome tahu rupe-rupenya selasih dan kemangi adalah dari keturunan yang sama iaitu basil..Selain tu ade juga sweet basil, tulasi, thai basil dan satu lagi, tak ingat nama ape...
Niat hati memang teringin nak cukupkan koleksi basil ni...tapi apakan daya setakat ni di kebunkome cuma ada dua beradik ni je...Hanya cuba-cuba tanam menggunakan keratan batang yang dibeli di pasar tamu sebulan yang lepas...1 ikat RM1 aje...murah kannn.....
Ada jugak peniaga yang jual anak pokok sweet basil dengan harga RM8 satu polibeg...hmmm...mahal tak??
pokok kemangi
Yang ini pokok kemangi, pucuk muda sedap dicampur dengan bayam masak air. Pernah cuba makan sebagai ulam mentah cicah sambal belimbing hitam dan campur dalam maggi kari..PERRGHHHH....... sedap  pepaliiihhhhhhh........rugi kalo tak try...
pokok selasih
Kalau yang ini pulak pokok selasih..itu yang tokey gerai pasar tamu bagi tau...yang ni pun kami try makan sebagai ulam tapi rase dia kuat..kami prefer daun kemangi lagi buat ulam..
Pucuk muda saya campurkan sebagai garnish untuk masakan keli goreng pedas...naik die punya bau...
Alhamdulillah kedua-dua pokok ni masih hidup hingga ke hari ini...harap-harap pokok ni akan tumbuh dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan..
Hehehehe...
Sebelum terlupa...SELAMAT HARI GURU untuk semua guru yang ada di MALAYSIA..

nota kaki: (loghat pahang)
kome=saya, aku, kami
sedap pepalih=sangat sedap 

Avocada tempatan dan mahkota dewa

Hari ini saya nak share koleksi tanaman yang ada di KebunKome

pokok avocado
Ini anak pokok avocado tempatan yang disemai dari biji benih. Buahnya dibeli dari Pasar Satok, Kuching dengan harga RM8 sekilo. Dekat semenanjung saya tak pernah lagi jumpa buah avocado local yang dijual di pasar tani. Kalau ada pun yang diimport tapi hanya dijual di hypermatket dengan harga rm4.99 SEBIJI..amacam..ada berani beli!!!!!hehhehe..lagi info pasal buah avocado di sini

pokok mahkota dewa
Yang ini pulak anak pokok mahkota dewa.
Disemai dari biji benih yang ambik dari kampung.
Dekat kampung pokok mahkota dewa abah dah banyak kali berbuah.
Selalunya buah yang dah masak abah hiris nipis, keringkan dan simpan dalam tupperware.
Bila nak guna, rebus dan minum airnya.
Khasiat, tuan-puan boleh google sendiri k.