Niat hati memang teringin nak cukupkan koleksi basil ni...tapi apakan daya setakat ni di kebunkome cuma ada dua beradik ni je...Hanya cuba-cuba tanam menggunakan keratan batang yang dibeli di pasar tamu sebulan yang lepas...1 ikat RM1 aje...murah kannn.....
Ada jugak peniaga yang jual anak pokok sweet basil dengan harga RM8 satu polibeg...hmmm...mahal tak??
![]() |
pokok kemangi |
![]() |
pokok selasih |
Pucuk muda saya campurkan sebagai garnish untuk masakan keli goreng pedas...naik die punya bau...
Alhamdulillah kedua-dua pokok ni masih hidup hingga ke hari ini...harap-harap pokok ni akan tumbuh dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan..
Hehehehe...
Sebelum terlupa...SELAMAT HARI GURU untuk semua guru yang ada di MALAYSIA..
nota kaki: (loghat pahang)
kome=saya, aku, kami
sedap pepalih=sangat sedap
Salam...saya nk buat research ttg pohon selasih ni...mna boleh sy dpt kan anak pokok ni ye? Ade tahu mana2 no penjual anak pokok ni x? Tq..kalo ade mesej no ni ya 0134158746. .taufiq
ReplyDelete