Showing posts with label lobak putih. Show all posts
Showing posts with label lobak putih. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Rekod semaian


Entry ini sekadar rekod untuk tuan kebunkome membuat rujukan semaian. Saya mendapati ini saja cara mudah bagi saya menyimpan rekod semaian.

Tarikh semaian: 28 julai 2013, ahad
Jenis semaian di alih: Sawi putih dan beberapa jenis benih sayur
Medium semaian: top soil: kompos: pasir-3:2:1

Anak sawi putih yang dialih dari tapak semaian asal berusia lebih kurang 2 ke 3 minggu


Bermula dari bahagian bawah sebelah kanan tray semaian, 3 lubang setiap satu  jenis benih telah disemai dengan benih-benih berikut:

pea greenfeast, radish crimson giant, terung mini ulam

ketumbar, kobis hijau F1, kobis bunga brokoli F1

Kohlrabi, lobak putih, cauliflower

bunga telang multilayer

roselle, sweet pea
Gambar progress semaian yang diambil pada 1/8/2013 menunjukkan bebrapa biji benih telah hidup dengan jayanya.
Tray semaian diletak di bawah rimbunan pokok lengkuas, kesum dan ubi kayu.





Thursday, May 23, 2013

Hari membeli keperluan berkebun

Today is payday... Alhamdulillah, maka dengan riang-rianya kami telah berjaya membeli beberapa keperluan tambahan untuk kebunkome di belakang rumah. Antaranya peralatan berkebun, tanah, baja dan jugak biji benih....
scateur
untuk aktiviti memangkas atau pruning

tanah bakar/masak
kami plan nak guna tanah ni tanam potato dalam beg kitar semula ikut panduan dari blog tanamsendiri

kompos
yang ini sesuai untuk campuran media tanaman sayur- sayuran, pokok buah-buahan, pokok sawit, pokok koko, lada hitam dan macam-macam lagi la kut...hehehhe
tanah semai
nak try guna tanah semaian ni untuk cambahkan benih salad green coral dengan lobak putih. Aunty kedai cakap kalo guna tanah ni untuk salad bagus...cepat bercambah....so nak tau betul ke tak kenala try kannnnn..
benih salad green coral

benih lobak putih
Total pembelian adalah RM25.00