Friday, September 13, 2013

homemade CAMBOH

Salam Jumaat buat semua, penghulu segala hari...moga kemuliaan hari ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita, InsyaAllah....
Camboh a.k.a taugeh/bean sprout adalah sayur yang sangat sedap sebagai rencah tambahan dalam masakan mee, bihun atau kue tiow-eh betul ke eja ni.....kalau tak ada camboh supe macam makan budu tanpa ulamnya...hehehehhee..

Dah lama saya berangan nak buat taugeh sendiri sejak terbaca cara buat taugeh dari blog olive in the house...tambahan lagi cik olive bagi cara yang sangat mudah dan senang di follow....oppps...Oh My English...
Jom tengok hasil projek saya...

Bahan-bahan/alatan yang di perlukan:
 1) kacang hijau


2) Teko bertutup-(saya guna seramik sebab ini je yang ada)


Cara-caranya:

Rendam kacang hijau semalam-lebih kurang 8 hours.
Esok paginya, bilas dan masukkan dalam teko bertutup.
Simpan di tempat gelap.
Lepas tu bilas sekali lagi pada tengahari, petang dan malam.
Ulang perkara yang sama sehingga anda puas hati dengan hasilnya. (lebih kurang 4-5 hari)

Cara nak bilas tuh juz masukkan air melalui mulut teko,  dan goncangkan sedikit dan buang air tu.
Jangan buka penutup teko untuk elakkan taugeh bertukar warna.
Tapi saya buka jugak sekali-sekala nak tengok progress...

Tadaaaaa...inilah hasilnya.....CAMBOH bak kata dear hubby...


kali pertama cuba, saya tak reti nak agak kuantiti kacang dengan saiz teko, so agak banyak la. Dalam mangkuk nih adalah sebahagian kecil hasil akhir.......


Selamat mencuba.....
Kalau nak penerangan lebih lanjut boleh berblogwalking di OLIVE IN THE HOUSE...
lepas ni nak try guna kacang soya pulak, boleh buat camboh besar punyer....hehehhehe........

9 comments:

  1. Salam,Zila......Saya dok tunda je nak buat ni....senang je rupanya kan buat camboh sdri...suka camboh goreng kicap...hehehe :)

    ReplyDelete
  2. itula, saya pun sama, lama da nak buat, minggu ni baru jadi cambohnye...

    ReplyDelete
  3. Salam Zila,

    cantik tumboh cambohnya, kalau di Tanjung Karang Selangor, memang camboh ni di campur dalam soto dan pecal, masakan org Jawa, sedap.

    ReplyDelete
  4. tq kak saodah, memang plan nak buat pecal jugak ni, walaupun saya bukan orang jawa, tapi sangat sukee makan pecal, besttt...

    ReplyDelete
  5. Salam.saya nak tanya entri buah markisa anak pokok ada jual tak? Klau ada nak beli

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam, tak jual pun, pokoknya ada kat kampung, tak pasti masih hidup lagi tak

    ReplyDelete
  7. hehe...i dah lama dah tak berbuat. U remind me to do it..hehe..fun right

    ReplyDelete
    Replies
    1. i make it twice use green bean and also try with soya bean but so sad, soya bean did not change to bean sprout...do u know y???

      Delete
    2. Hi Zilazul, sorry for super late reply! i pun tried dengan soya bean n yes i failed jugak! i think we need to get those soy bean from organic shop. takut soya bean yang biasa tu dah subjected to irradiation process to stop germination.

      Delete