Tuesday, September 10, 2013

buah kristal, hanya di kuching

Sejak kami berdua di arah pindah ke tempat kerja baru @ kuching, setahun yang lalu, pasar tamu @ satok merupakan tempat faveret hujung minggu kami outing @ shopping. Banyak benda eksotik dan pelik yang kami jumpa terutamanya buah-buahan, sayur, lauk mentah dan banyak lagi la. 

Buah ni namanya buah kristal, first time try terus jatuh cinta dengan rasanya. Harganya agak mahal, sekarang nih rm14 sekilo. Pernah kami beli dengan harga rm17 sekilo. Kulit buah keras dan agak tebal. Isi dia seakan-akan isi longan atau mata kucing. Biji pun hampir sama. Cara nak kopek pun lain dari yang lain. Kene ketuk atas permukaan yang keras dulu, then bila pecah barula boleh kopek dan makan isinya yang berjus dan manis tuh...fuhhhh...memang sedap ahhhh......



oleh sebab saya sangat suka makan buah ni, saya bercadang nak semai banyak2 bijinya yang saya kumpul banyak dah selama ni, then bawak balik kampung bagi abah saya tanam banyak2...saya da berangan nanti boleh perkenalkan buah eksotik sarawak kat orang kampung saya dan boleh jual banyak sambil untung banyak, hehheheh..............
saya fikir buah ni diberi nama kristal kerana isinya yang putih jernih ala2 kristal gitu kut...

12 comments:

  1. Salam... boleh jual bijinya dengan saya tak?

    ReplyDelete
  2. serius ke nak ni?kalau betul emel ke zil_hass@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Yang ni memang best mahal pun sanggup beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tiap kali nampak je kat pasar mesti beli, pueh ati makan

      Delete
  4. salam. nak tanyalah. buah ni ada tak di area bintulu? :)

    ReplyDelete
  5. salam. mcm mana nak semai biji buah ni.?

    ReplyDelete
  6. Ini pokok paling senang nak tanam.. baling je tepi jalan sebulan lepas tu tumbuh tinggi dh..

    ReplyDelete
  7. Siyes ke campak2 jer... atau campak ala2 biji mangga gitew???

    ReplyDelete
  8. Buah nie paling banyak di tanam arean lundu sarawak, tempat permulaan buah nie tersebar meluas di tanam hampir seluruh kuching, tempat lain di sarawak memang belum ada lagi buah nie sebelum nie.. asal buah nie sebenarnya dari papua.. ada seorang pekerja off shore kerja balak, bawa balik benih nie balik kampung di daerah lundu, dan dia tanam.. masa tu dia memang untung besar bila jual buah nie sebab dia satu-satunya di area lundu dan kuching ada buah kristal nie..dia pergi jual rm20 sekilo dan paling murah pun rm17 ke rm18 sekilo.. dia lundu sekarang buah nie dah di tanam meluas.. pokok kristal paling senang di tanam, campak camtu pun boleh hidup.. antara pokok buah paling cepat membesar, kalau kena tempat tanah paling bagus.. dalam masa 2 tahun sudah tinggi membesar.. kalau bernasib baik, batang sebesar botol mineral tu dah berbuah.. kat kebun saya paling banyak tanam buah kristal nie..

    ReplyDelete
  9. Cmne ye nk bli buah ni.. Teringin sgt2

    ReplyDelete