Thursday, May 23, 2013

PISANG....pokok serba guna

Pokok pisang pokok pelbagai guna...ada macam-macam jenis pokok pisang...yang sedap dimakan mentah-pisang berangan, pisang mas, pisang lemak manis....yang sedap dibuat cekodok-pisang siam masak ranum...yang sedap digoreng tepung-pisang kelat siam, pisang nangka, pisang tanduk...yang sedap dijadikan kerepek-pisang nangka muda....

selain tu ada jugak  pisang rastali, pisang embun, pisang kelat abu, pisang jari buaya, pisang kaki....oopsss...salah pulak......pisang kaki langsung tak ada kene mengena dengan family pisang... kalau tak percaya, cuba tanye encik gooogle...

tapi bukan buah pisang je sedap di makan, jantung pisang sedap dimasak lemak kuning @ goreng pedas @ nak lebih power lagi dicelur dan dibuat ulam cicah budu...hhuhuh...kecur air liur....

Daun pisang pun banyak gunanya...bungkus kuih koci, bungkus lepat, bungkus nasi lemak, pembungkus ikan bakar....dan yang paling best...daun muda yang bergulung tuh buat bungkus lemang....terbaikkkkkkk...
Petua orang lama pulak, gunakan daun pisang untuk basuh ikan sungai seperti patin...keli...kaedah ni dapat membuang lendir ikan dan kurangkan hanyir ikan...

Pelepah pisang pulak saya selalu guna untuk cuci kerang...caranye..letak kerang dalam baldi...isi air...then, tonyoh2 dan tenyeh2 pada kerang tu...air yang jernih tu akan jadi keruh so silalah buang yer...pastu ulang step yang sama beberapa kali sampai anda puas hati..ok...

Gambar kat bawah ni, merupakan koleksi yang ada di kebunkome...iaitu pisang lemak manis dan pisang berangan...

pisang berangan

pisang lemak manis
pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
pisang lemak manis naik air asia,
tanam sepokok menjadi-jadi...

2 comments:

  1. Tumpang bertanye, kay mana sy boleh dptkan anak pokok pisang lemak manis ye? Mengidam nak tanam :) nursery ada jual ke?

    ReplyDelete
  2. tak pasti la, saya ambik kat rumah abah saya, cuba try2 cari kat kawasan kampung, kut2 la ade yang nak jual

    ReplyDelete