Setelah lebih 2 minggu tak update new entry, hari ni ade sedikit masa lapang, (sebenarnya ada banyak masa lapang tapi selalu je masa malas join sekali, hehehh...)
Jumaat lepas kami beraya di kuantan, di rumah sepupu. Macam bese la, bila bertandang, tanye khabar, makan-makan, minum-minum, borak-borak....
sedar2 dah dekat sejam dok lepak, mintak diri nak balik, sambil2 turun tangga rumah sepupu, ntah camne terbuka la pasal topik berkebun..
wife sepupu yang dipanggil kak milah terus je offer pokok markisa untuk di tanam, saya pun apa lagi, ringan je mulut cakap nak...
hehhhehehe..orang dah offer, setuju je la kan, kami pun jenguk la belakang rumag sepupu, tempat dia tanam pokok markisa, ni haaa, terkejut tengok betapa rimbun nye pokok tu ala2 tanam kat tempat sejuk. Tengok sepintas lalu nampak macam tak ada buah, tapi bila belek2 daun die yang hijau merimbun tuh, boleh tahan jugak buahnya.
Dalam satu besen lama yang di kitar semula untuk menanam, ade lebih 20 anak pokok markissa Akak milah suruh ambik je semua, mula2 tu malu2 kucing, konon nak ambik 2 ke 3 pokok je cukupla, tapi bila try gali anak pokok yang tumbuh rapat satu sama lain, memang x dapat nak ambik tiga je tanpa mencederakan yang lain, so my hubby pun apa lagi, gali semua, tamak betul...
Sayangnya, gambar lupa nak snap, pokok tuh masih di kuantan, di rumah kakak, dan telah di alih ke dalam pasu.
Cadangnya nak tanam di rumah kami di kuantan, rumah sewa dan di kampung. Tunggu balik raya haji nanti baru sambung projek markisa. Balik ari tu tak dan nak bungkus untuk bawak balik ke Kuching..