Di kebunkome setakat ni ada 2 jenis keladi, keladi lambuk dan keladi biasa. Alhamdulillah dua2 jenis keladi segar menghijau. Batang keladi lambuk boleh dimakan mentah dan sedap dijadikan ulam. Selain tu, boleh jugak digoreng pedas bersama ikan sardin atau goreng belacan.
Benihnya diimport dari Jengka. Pesan abah kome, kalau nak tanam keladi lambuk ni kena tanam jauh dari keladi biasa. Takut terjangkit miang keladi biasa, nanti tak boleh makan mentah.
![]() |
keladi lambuk |
Keladi biasa yang ada di kebunkome adalah dari jenis batang merah. Benihnya dibeli di pasar. Pada asalnya hanya ada 5 pokok, tapi sekarang ni dah banyak keluar anak keladi baru. Keladi ni tak boleh dimakan mentah... gatallll.... kalau masak kena lama sedikit.
Antara petua yang mak kome selalu guna untuk hilangkan miang keladi ialah masukkan buah pinang atau sesudu minyak masak ke dalam masakan keladi. Masakan paling best adalah gulai tempoyak keladi. Ubinya pulak sedap digoreng celup tepung.
![]() |
keladi biasa |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLama mencari benih lambuk...kalau tuan ada benih saya nak beli
ReplyDelete0194779004
Saya nak beli benih keladi lambuk, keladi pinang dan keladi cina
ReplyDelete016 3615802