Wednesday, July 31, 2013

final stage makeover

Setelah berpenat-lelah menyiapkan kerja-kerja makeover sepanjang bulan Ramadhan untuk pokok hiasan kami, maka inilah hasilnya.
Sudut kiri:






sudut sebelah kanan:



Ada pokok baru yang ditanam di taman hiasan ni tapi akan di update lenkali. Hari ni tuan tanah kebunkome penat terlebih pergi ronda-ronda kedai cari ole-ole untuk bawak pulang  ke kampung. Tak dapat nak membebel panjang.
Jumpa lagi di lain entry.
Wassalam.

Tuesday, July 30, 2013

my peppermint tree

Saya telah mencuba menanam pudina sebanyak tiga kali. Keratan batangnya dibeli dari peniaga di pasar tamu Satok. Percubaan pertama gagal apabila semua keratan yang disemai secara menegak jadi hitam dan akhirnya mati. Percubaan kedua saya tanam dengan kaedah batangnya diletakkan memanjang dalam tanah supaya lebih banyak akar yang akan tumbuh dan hanya dua mata tunas dibiarkan untuk tumbuh pucuk. Alhamdulillah percubaan kedua membuahkan hasil. Hampir semua keratan yang disemai bertunas. Tapi lama-kelamaan tinggal satu je survive, yang lain semua tak panjang umur. This is my survivor yang ditanam dalam kotak gabus. Saya plan nak alih ke tengah kotak supaya die ade ruang banyak untuk beranak pinak, tapi husband tak bagi, takut mati. So biarkan aje duk melukut kat tepi kotak.



Percubaan ketiga saya tanam dengan tujuan nak tambah kan koleksi pudina saya, nanti senang kalau nak masak beriani ke buat teh ke, takde la segan-segan nak petik daun dia.
Tapi entah ape silapnya, tak ade rezeki, keratan yang pada mulanya bertunas lama-kelamaan layu. jadi hitam dan last-last mati. Sedih tau...sob..sob..sob...
Lepas ni saya dah malas nak semai baru, cuma juz nak jaga yang sedia ada nih dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

Kentangku berisi

Rupa-rupanya  eksperiment saya tanam kentang menjadi. Masa mula2 tanam, besar harapan saya yang pokok ni akan berubi dengan banyaknya. Kononnya nanti tak payah dah beli kentang bila nak masak dan boleh guna stok sendiri anytime. Perkembangan awal memang bagus, hampir semua tunas kentang yang saya tanam dalam beg kitar semula tumbuh rancak dan keluarkan daun. Tapi hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, satu persatu anak pokok kentang melayu, last-last mati. Saya pun tak mengharap lah yang pokok kentang saya akan berubi, tapi hujung minggu lepas, masa tengah plan nak tambah tanah dalam patch tepi pondok, saya pun ambiklah beg kitar semula yang saya guna untuk tanam kentang tapi dah tinggal tanah semata. Saya pun scoop la tanah dalam tu letak kat patch. Scoop punya scoop, terkeluar sebiji kentang yang bersaiz sangat comel nih.


Bila letak atas tapak tangan, terserlah betapa mininya saiz ubi kentang saya. Walaupun begitu, saya sangat puashati sebabnya eksperimen saya tetap menjadi. Lepas ni plan nak try tanam lagi dan lagi dan lagi.....hehhehe.


Kentang nih dah selamat saya karikan dengan daging tulang. Share separuh sorang dengan cinta hati...hihihihik.........

Friday, July 26, 2013

Giveaway seeds...ulam raja

Semasa saya asyik melawat kebun maya teman2 blogger, saya perasan yang blog srikota garden ade menawarkan benih kongsi kepada sesiapa yang berminat (maaflah kalau saya tersilap). Hari rabu baru ni, masa melawat kebun kat belakang rumah, tengok pokok ulam raja ada banyak benih yang dah matang. Makanya.....tetiba dapat idea nak kutip semua seed tuh, nak share kat sesape yang berminat, tak banyak pun tapi kalau pack nanti agak2nya adalah dalam 3 ke 5 pek bergantung kepada permintaan. Kalau tak ramai yang nak, banyaklah dapat, kalau ramai, kurangla sikit.

Sebelum ni saya biarkan aje benih2 yang dah kering terbang ditiup angin. Tapi bile ronda2 dalam kebun, tengok merata-rawa anak pokok ulam raja tumbuh sendiri. Sebab taknak pokok ulam raja terlalu dominan dan bermaharajalela dalam kebun sampai pokok lain pun kene tabik springggg kat dia, maka tercetusla idea nih....

So sesapa yang nak tambah koleksi ulam kat kebun ke atau yang  tak berjaya lagi tanam pokok nih, jangan malu-malu, jangan segan-segan, mehla order. Sila tinggalkan komen dan mohon emel kepada saya di zil_hass@yahoo.com for details. Insya Allah jika ade rezeki, benih sangat mudah bercambah, nanti hari2 boleh mengulam raja cicah budu.

Buat masa ni, ini jer yang mampu saya kongsikan. Kalau tak bizi, saya akan poskan minggu depan.
Gambar benih takde, lupa nak snap...hehehhe...


Thursday, July 25, 2013

Untungnyaaaaa.... menanam serai

WHY?????? sebab serai adalah herba yang kita selalu gunakan dalam masakan khususnya orang-orang di Malaysia nih. Masak tomyam, paprik, lemak cili api, gulai, rendang, kari, kerabu....semuanya guna serai. As for me, saya selalu guna serai untuk masak sardin goreng, ayam goreng rempah, singgang sotong dan macam2 lagila.

Bayangkan kalo kita beli di pasar, harga dalam rm1 ke rm2 seikat. Seikat adalah 10 batang serai segar kalo beli kat pasar tani atau tamu. Cuba kalo beli dekat pasar raya. Seikat adala 3 batang, tak pun up sikit 4 batang serai KECUT. Harga RM1 ke RM2. Erm, nak guna untuk masak sebatang dua je, yang lain masukla dalam fridge. Lepas seminggu nak masak lemak, buka2 peti, cari serai beli last week, bile da jumpa, tengok2 da kering dan kecut keriut. Sesuai untuk stok tong sampah je. Terpaksala pergi kedai, beli pulok serai baru.

Cube kalo tanam sendiri. Time nak guna baru ambik, ambik pun ikut keperluan je, tak perlu membazir. Tuai pulak serai segar, ditanam secara organik dan bebas racun perosak. Suka tak..suka tak...mestilah suka kannn.
Maka, saya menyeru semua.. Jom kita tanam serai...meh sat layan gambar serai di kebunkome......



Entry di atas bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, riak atau berlagak yer..tidak sesekali terlintas di hati. Juz share my thought and opinion...hehhhehhe..

Wednesday, July 24, 2013

patch aneka ragam

Patch ni bukan banyak ragam tapi sebetulnya patch ni  yang paling subur antara 3 patch yang ade dalam kebunkome. Plan awal buat patch ni untuk tanam jagung USA, tapi minggu ke minggu bertambah-tambah pulak koleksi sayur. Ada bayam hijau, peria katak, kacang hijau ( ni juz eksperimen saya je nak tengok pokok dia macam mane), bawang merah, bendi, labu, pokok cili dan ulam raja tumbuh sendiri pun nak menyelit jugak.
2 ke 3 hari lagi bayam-bayam tu insyaAllah cukup masa matang dapatla kami petik buat lauk berbuka. Saiz patch ni kecik je, agak2 dalam 2 kali 3 kaki je kut. Location kat depan pondok kecik yang kami bina untuk tujuan lepak-lepak belakang rumah tapi sekarang da jadi tempat aktiviti memanggang, menyalai, membakar dan berkebun.

Tanah asal patch ni adalah tanah liat yang kurang subur, keras dan banyak batu. Cara saya menyediakan patch ni mudah je. 
Step 1: bakar rerumput kering atas tanah asal (masa nih belum tau lagi cara buat kompos dan rumput kering boleh dijadikan kompos)
Step 2: Kami tunggu a few weeks biar air hujan sebatikan tanah bakar dengan tanah asal.
Step 3: Gemburkan, letak baja, siram lagi
Step 4: Tanam anak jagung, labu, bayam dsbnya
Step 5: baru kepung dengan batu bata dan batu besar yang saya jumpa bile gali lubang kompos.
mudah kan..

ni cara saya, main agak2 je, guna pun bahan2 terbuang, kayu pancang untuk peria tu dari dahan kedondong dikebun kome, air dalam baldi tu air hujan yang guna untuk siram pokok. Sekali-sekala saya siram dengan air basuhan ikan.








Buat masa ni, saya peratikan ada pokok yang subur kat certain area, ada yang lambat besar dan daun jadi kuning, kat area lain, kene tambah extra baja ni..

Tuesday, July 23, 2013

Si dia sudah mari...

Si dia yang saya maksudkan adalah seperti dibawah...heheheh...



ini pek berharga ketiga yang saya ceritakan dalam entry sebelum ini...petang lepas balik kerja, bila sampai kat rumah, saya husband saya terperasan ade sampul dalam pos box...huhuhu..punyerla excited macam dapat emas berlari-larian keluar dari kereta nak pegi ambik...order cuma tiga, tapi dapat 4, thanks to Diana KBB for giveaway seeds..pink trumpet....the rest is radish crimson giant, radish mixture and pea greefeast seed..........nak tanam ke nak tunggu pas raya...tanam ke tunggu...tanam ke tunggu....still in dilemma....hurmmmmm

Monday, July 22, 2013

pakej berharga

Minggu lepas 2 pakej berharga sampai....biji benih yang dibeli secara online...1st time saya membeli benih online...biasanya saya beli dari kedai agro atau nursery atau pasar tani...tapi kali ni benih2 saya mencuba beli secara online memandangkan benih2 tersebut tidak dijual di kedai-kedai mahupun nursery....

sampul pertama saya terima pada Isnin, 15 julai mengandungi benih bunga telang, roselle dan large sweet basil...yang ini dibeli dari blog jualbenihbunga..


Sampul ke 2 pulak sampai pada esoknya, Selasa-16 julai...yang ni diorder dari blog tani yang sangat glamer tuh..blog tanamsendiri...terdiri dari benih brokoli, cauliflower, kobis, maman, timun jepun, kohlrabi dan benih kongsi dari tuan blog........tq so muchh en.is..................

dan saya masih menunggu lagi tibanya pakej berharga yang ketiga...agak hairan dan tertanya-tanya kenapa masih belum tiba.... sedangkan tarikh pembelian lebih kurang sama dengan pembelian dari blog tanamsendiri...harap2 adela rezeki dan tak sangkut kat mana2 atau tersasar ke tempat lain...

Sunday, July 21, 2013

buah timun sulung dari pokok timun pertama

Alhamdulillah....akhirnya dapat makan hasil sulung pokok timun pertama...buahnya kecik molek and kiut miut je...tapi bila makan...sangat terasa ketimunannya...
Buah ni di luar pagar sebab bimbang jadi habuan makhluk asing, saya pun petik untuk jadi habuan kami dulu...dah selamat jadi filing sushi homemade...untuk juadah berbuka puasa last week...
buah sulung yang special so saya snap gambar banyak cikit as personal collection.....






letak dalam piring, snap gambar dekat, nampakla besau cikit...


prepare sebagai filing sushi...sangat rangup bila dimakan mentah...


hasil akhir...homemade sushi with fresh cucumber from kebunkome...nak resepi...sila klik di SINI...


makeover-episode 2

Sebenarnya kerja2 makeover episode 2 nih telah dilakukan pada 2 minggu lepas; hujung minggu sebelum Ramadan..kami start seawal pagi dalam pukul 7.. memandangkan pada pukul 11 ada appoinment untuk servis kereta....so dapatlah 2 jam kerja- mengerjakan apa2 yang sempat..hari ahad pulak kami stat agak lambat...masa tuh matahari dah agak tinggi walaupun baru pukul 8 pagi..so bile buat kerja dalam keadaan matahari tengah naik, memang terasa penatnya...

Now, nak cerita pasal makeover yang kami buat..............cekidout....
gambar bawah ni adalah tanah yang saya keluarkan dari polibeg dan pasu kosong..tanah nih dah kurang subur..so saya tambahkan dengan baja tahi ayam dan juga pasir campuran..pasir nih sebenarnya untuk tanam kaktus..tapi sebab kami tak jumpa lagi pasir biasa so kami gunakan ajela untuk campur dalam tanah walaupun harga agak mahal...

oleh sebab saya buat kerja2 makeover ni di carporch, dan bimbang kalau lantai simen jadi kuning, saya pun recycle kanvas almari kain sebagai alas untuk gaulkan tanah....almari tuh sempat guna 2 bulan jer, lepas tuh runtuh akibat overload..hihihik...yela sume baju kami sumbat dalam tuh...alhamdulillah ade jugak gunanya...


yang nila pasir campuran tu..saya beli 10 pek dengan harga rm2 sepek, mintak diskaun tak dapat tapi auntie tuh bagi ekstra 1 pek....

Yang ni baja tahi ayam kering..satu beg rm2, tapi saya beli 3 dapatla diskaun seringgit...buat masa nih kami perlu beli dulu baja.. sebabnya kompos yang dibuat hasil pemerhatian dari blog2 tani masih belum masak...


 Growing inducer dari bahan organik...sesuai untuk pokok hiasan daun, bunga dan sayur..senang beli satu jenis boleh guna untuk semua....


pokok lili ni asalnya dari 3 biji pasu.....saya combine dan tanam semula dalam pasu lebar...


yang ni macam pokok lili, cuma daun lebih kecik dari daun lili...saya satukan pokok2 ni dan tanam semula dalam pasu lebar jugak...

keratan pokok dragon nih saya try semai dulu dalam polibeg, asalnya ade 2 kerat je tapi ade satu keratan yang panjang saya potong 2 dengan harapan kalo banyak saya semai kebarangkalian untuk pokok ni bertunas lebih tinggi.....tapi after 1 week semai belum nampak tunas2 baru keluar...tak apalah, saya akan tunggu lagi dengan sabar...meby take a few time...


pokok ros nih dah keluar tunas baru..perkembangan pokok sangat baik, walaupun masa saya ambil dulu, tinggal sebatang dahan togel aje..saya cuma keratkan batang tuh tinggal dalam sekaki, pastu buang rumput rampai yang ade, letak baja organik dan siram sekali sehari....dan inilah hasilnya...

Gambar dari sudut pandangan atas

gambar dari sudut pandang,
kat belakang tuh ade pokok lidah buaya,
satu lagi tak sure lidah jin ke atau lidah ape.. 
Condition pokok bunga nih pun agak teruk..tinngal batang kering dan daun kekuningan kat hujung dahan...saya pun buang sebahagian besar dedaun dia yang dah kuning tu, cabut rumput dan gemburkan tanah, letak baja then siram kan air...nanti akan di update foto terbaru pokok nih..by the way saya tak pernah tengok pokok nih, tapi saya agak2 ni pokok akar dani/rangon creeper macam dalam blog KBB dan greenfingers...ermm kene tunggu lame lagi lah sampai die berbunga baru tau kut pokok ape...


pokok bunga kertas ala2 bongsai, bunga warna kombinasi pink putih, tak perlu makeup banyak coz dah cantik subur masa ambil dari owner asal, juz cabut rumput dan beri baja aje...


pokok bunga yang ni pun saya tak tau nama ape..tapi mak saya memang banyak koleksi pokok ni di tanam kat halaman rumah di kampung..batang banyak duri, daun tumbuh kat ujung batang pastu ada bunga kecik kat atas sekali..ade 2 warna je, kuning dan merah..saya peratikan pokok2 bunga nih lain sikit dari yang mak saya tanam.. yang ini batang, daun dengan bunga lagi kecik dari pokok mak saya..pokok yang kuning saya pecahkan rumpun kepada 2 dan tanam dalam 2 pasu sebabnya dah terlalu padat...


Macam nila, rupa kat laman depan belah kanan...masih belum setel lagi..


 Yang ni pulak kat belah kiri....langsung tak tersusun...


Nilah keadaan ruang makeover...semak dengan sampah dan sisa tanah keorenan atas lantai...


hasil kerja keras kami berdua pada weekend 2 minggu lepas.......insyaAllah nanti akan update episode seterusnya......TUNGGU....

Wednesday, July 10, 2013

makeover - episode 1

Ini hasil make over pokok yang pertama..
Cuma pasu yang di guna semula tapi pokok bunga ros jepun tu saya beli dari pasar Satok...yang kecik 6 pokok rm 10, yang besar rm3 sepokok..dan terdiri daripada pelbagai warna bunga yang berbeza, ada pink, kuning, oren, merah, purpledan jugak putih...saya masih mencari lokasi sesuai untuk gantung pasu-pasu ni...









Yang ni pulak makeover untuk bunga orkid....daun dan batang yang dah kering saya gunting buang..selain tuh saya tambahkan sabut kelapa dalam setiap pasu..harap2 menjadi la kaedah nih...nanti akan disembur dengan baja khusus untuk orkid pulak..