Friday, May 24, 2013

Ulam raja yang banyak berjasa...

Salam ceria semua...mesti tengah bahagia kan, ari ni dapat spend masa ngan family sempena public holiday....Me tooo....sedang bersenang-lenang di rumah bersama cinta hatiku sambil memasak, berblog, menonton dan jugak BERKEBUN...hehhehe...

Dalam banyak-banyak ulam...ulam raja yang selalu menceriakan kami sekeluarga...tumbuhnya yang hijau merimbun lagi segar bugar......memang asyik sungguh jadi tatapan mata yang melihat...kat celah-celah tuh terselit pokok kunyit yang tak berapa nak menjadi...mebi kalah ngan ulam raja untuk membesar dengan sihat....

Actually, ulam raja ni kami tanam guna keratan pucuk yang dibeli di pasar tani....murah je, cuma Rm1......pokok ni lah yang mula2 kami tanam bile pindah ke rumah sewa baru awal Disember tahun lepas...

Idea tanam guna keratan pucuk ni dapat dari jiran kami di kuantan....sebelum ni ingatkan ulam raja cuma boleh ditanam guna benih...tapi bile tengok jiran sebelah rumah cocok je pokok ni atas tanah..then baru la tau.... ooooo.....rupenya pokok ni boleh tanam guna keratan pucuk......

Ulam raja bunganya cantik...warna pink gitu...bile mekar banyak....terus mewarnai kebunkome...rama-rama pun rajin menyinggah....dari bunga tu lah benih terhasil...bila bunga dah layu...benih pun jadi matang...kalau tak kutip, bile angin lalu...benih tu pun bertebaran.....

Sekarang ni, dah banyak anak-anak pokok yang tumbuh dari sebaran benih yang jatuh sendiri atas tanah...
pucuknya dah banyak kali petik untuk buat ulam cicah sambal tempoyak.....sambal budu...dan sambal belimbing hitam...memang berbaloi-baloi tanam pokok ni...sape-sape yang suka sangat makan ulam ni...tak rugi tanam tau...dapat enjoy berterusan ulam organik lagi fresh...from  garden to mouth.....




Thursday, May 23, 2013

PISANG....pokok serba guna

Pokok pisang pokok pelbagai guna...ada macam-macam jenis pokok pisang...yang sedap dimakan mentah-pisang berangan, pisang mas, pisang lemak manis....yang sedap dibuat cekodok-pisang siam masak ranum...yang sedap digoreng tepung-pisang kelat siam, pisang nangka, pisang tanduk...yang sedap dijadikan kerepek-pisang nangka muda....

selain tu ada jugak  pisang rastali, pisang embun, pisang kelat abu, pisang jari buaya, pisang kaki....oopsss...salah pulak......pisang kaki langsung tak ada kene mengena dengan family pisang... kalau tak percaya, cuba tanye encik gooogle...

tapi bukan buah pisang je sedap di makan, jantung pisang sedap dimasak lemak kuning @ goreng pedas @ nak lebih power lagi dicelur dan dibuat ulam cicah budu...hhuhuh...kecur air liur....

Daun pisang pun banyak gunanya...bungkus kuih koci, bungkus lepat, bungkus nasi lemak, pembungkus ikan bakar....dan yang paling best...daun muda yang bergulung tuh buat bungkus lemang....terbaikkkkkkk...
Petua orang lama pulak, gunakan daun pisang untuk basuh ikan sungai seperti patin...keli...kaedah ni dapat membuang lendir ikan dan kurangkan hanyir ikan...

Pelepah pisang pulak saya selalu guna untuk cuci kerang...caranye..letak kerang dalam baldi...isi air...then, tonyoh2 dan tenyeh2 pada kerang tu...air yang jernih tu akan jadi keruh so silalah buang yer...pastu ulang step yang sama beberapa kali sampai anda puas hati..ok...

Gambar kat bawah ni, merupakan koleksi yang ada di kebunkome...iaitu pisang lemak manis dan pisang berangan...

pisang berangan

pisang lemak manis
pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
pisang lemak manis naik air asia,
tanam sepokok menjadi-jadi...

Hari membeli keperluan berkebun

Today is payday... Alhamdulillah, maka dengan riang-rianya kami telah berjaya membeli beberapa keperluan tambahan untuk kebunkome di belakang rumah. Antaranya peralatan berkebun, tanah, baja dan jugak biji benih....
scateur
untuk aktiviti memangkas atau pruning

tanah bakar/masak
kami plan nak guna tanah ni tanam potato dalam beg kitar semula ikut panduan dari blog tanamsendiri

kompos
yang ini sesuai untuk campuran media tanaman sayur- sayuran, pokok buah-buahan, pokok sawit, pokok koko, lada hitam dan macam-macam lagi la kut...hehehhe
tanah semai
nak try guna tanah semaian ni untuk cambahkan benih salad green coral dengan lobak putih. Aunty kedai cakap kalo guna tanah ni untuk salad bagus...cepat bercambah....so nak tau betul ke tak kenala try kannnnn..
benih salad green coral

benih lobak putih
Total pembelian adalah RM25.00

Tuesday, May 21, 2013

Fresh from garden..bayam hijau daun bulat

Assalamualaikum semua..moga ceria-ceria di petang selasa ni...
Tadi saya dapat menuai hasil bayam yang ditanam dalam pasu petak buat kali yang ke 3...
Benihnya dan lama disemai tapi pokok membesar tak sama..mebi sebab terlalu crowded, bekas tanaman pulak kecik dan cambahan tak sempat dialih ke bekas lain..tapi yang bagusnya saya dapat petik hasil bayam secara berterusan..walaupun dah 3 kali tuai, masih banyak lagi anak bayam yang berlumba-lumba nak hidup..

pokok bayam - 14/5/13

hasil tuaian - 21/5/13 
(segar lagi bebas racun perosak) ermm..sedapnya buat tumis air

diam diam ubi berisi....makin diam makin menjadi

Orang dolu-dolu punya peribahasa selalu diilham dari alam semulajadi kan????Kome bukan nak cerita pasal peribahasa ni tapi pasal koleksi tanaman kebunkome iaitu pokok ubi kayu.

Ada 2 jenis iaitu ubi kayu berdaun lebar dan ubi kayu berdaun panjang. Setakat ni kome dah tanam 5 perdu daun lebar dan 2 perdu daun panjang. Benih daun lebar ambil dari ubi yang tumbuh meliar kat tepi jalan. Benih daun panjang pulak... as usual imported from Jengka.

Pokok ubi ni baru berusia 2 bulan lebih dan sangat mudah ditanam. Cucuk je batang die kat atas tanah, insyallah dalam tempoh seminggu dah bertunas. Kami dah pernah petik sekali pucuk muda.

Abah pesan kalau nak petik pucuk muda ubi kayu yang baru ditanam/sedang membesar, jangan patahkan seluruh pelepah pucuk muda tapi kita juz petik daun muda ketiga dan keempat. Yang lain tinggalkan kat pokok.

KENAPA????sebabnya  tak nak tumbesaran ubi terbantut.

ubi kayu daun lebar

ubi kayu daun panjang

keladi lambuk vs keladi biasa

Di kebunkome setakat ni ada 2 jenis keladi, keladi lambuk dan keladi biasa. Alhamdulillah dua2 jenis keladi segar menghijau. Batang keladi lambuk boleh dimakan mentah dan sedap dijadikan ulam. Selain tu, boleh jugak digoreng pedas bersama ikan sardin atau goreng belacan.

Benihnya diimport dari Jengka. Pesan abah kome, kalau nak tanam keladi lambuk ni kena tanam jauh dari keladi biasa. Takut terjangkit miang keladi biasa, nanti tak boleh makan mentah.

keladi lambuk

Keladi biasa yang ada di kebunkome adalah dari jenis batang merah. Benihnya dibeli di pasar. Pada asalnya hanya ada 5 pokok, tapi sekarang ni dah banyak keluar anak keladi baru. Keladi ni tak boleh dimakan mentah... gatallll.... kalau masak kena lama sedikit.

Antara petua yang mak kome selalu guna untuk hilangkan miang keladi ialah masukkan buah pinang atau sesudu minyak masak ke dalam masakan keladi. Masakan paling best adalah gulai tempoyak keladi. Ubinya pulak sedap digoreng celup tepung.

keladi biasa

Thursday, May 16, 2013

Selasih oh Kemangi

Hasil kajian ilmiah daripada buku dan pakcik google, baru kome tahu rupe-rupenya selasih dan kemangi adalah dari keturunan yang sama iaitu basil..Selain tu ade juga sweet basil, tulasi, thai basil dan satu lagi, tak ingat nama ape...
Niat hati memang teringin nak cukupkan koleksi basil ni...tapi apakan daya setakat ni di kebunkome cuma ada dua beradik ni je...Hanya cuba-cuba tanam menggunakan keratan batang yang dibeli di pasar tamu sebulan yang lepas...1 ikat RM1 aje...murah kannn.....
Ada jugak peniaga yang jual anak pokok sweet basil dengan harga RM8 satu polibeg...hmmm...mahal tak??
pokok kemangi
Yang ini pokok kemangi, pucuk muda sedap dicampur dengan bayam masak air. Pernah cuba makan sebagai ulam mentah cicah sambal belimbing hitam dan campur dalam maggi kari..PERRGHHHH....... sedap  pepaliiihhhhhhh........rugi kalo tak try...
pokok selasih
Kalau yang ini pulak pokok selasih..itu yang tokey gerai pasar tamu bagi tau...yang ni pun kami try makan sebagai ulam tapi rase dia kuat..kami prefer daun kemangi lagi buat ulam..
Pucuk muda saya campurkan sebagai garnish untuk masakan keli goreng pedas...naik die punya bau...
Alhamdulillah kedua-dua pokok ni masih hidup hingga ke hari ini...harap-harap pokok ni akan tumbuh dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan..
Hehehehe...
Sebelum terlupa...SELAMAT HARI GURU untuk semua guru yang ada di MALAYSIA..

nota kaki: (loghat pahang)
kome=saya, aku, kami
sedap pepalih=sangat sedap 

Avocada tempatan dan mahkota dewa

Hari ini saya nak share koleksi tanaman yang ada di KebunKome

pokok avocado
Ini anak pokok avocado tempatan yang disemai dari biji benih. Buahnya dibeli dari Pasar Satok, Kuching dengan harga RM8 sekilo. Dekat semenanjung saya tak pernah lagi jumpa buah avocado local yang dijual di pasar tani. Kalau ada pun yang diimport tapi hanya dijual di hypermatket dengan harga rm4.99 SEBIJI..amacam..ada berani beli!!!!!hehhehe..lagi info pasal buah avocado di sini

pokok mahkota dewa
Yang ini pulak anak pokok mahkota dewa.
Disemai dari biji benih yang ambik dari kampung.
Dekat kampung pokok mahkota dewa abah dah banyak kali berbuah.
Selalunya buah yang dah masak abah hiris nipis, keringkan dan simpan dalam tupperware.
Bila nak guna, rebus dan minum airnya.
Khasiat, tuan-puan boleh google sendiri k.

Tuesday, May 14, 2013

why gardening...part 1


hobi sejak kecil lagi..pada usia sekolah rendah...mungkin dipengaruhi oleh abah sebab abah adalah seorang pemilik kebun sawit a.k.a peneroka...
masa kecik2 dulu selalu ikut abah pergi ladang..tolong kutip buah relai..seronok walaupun penat.

abah ada bela lembu so bile balik dari ladang mesti singgah padang ragut yang ada banyak lembu..dekat padang ada pokok jambu batu...kalau nasib baik ada jambu dah masak terus petik then masuk mulut...ada mase singgah anak sungai tahan tajau/tajo..ade rezki dapat ikan toman besar..xpun ikan keli sungai.

abah pun ade tanam cili kecik, cili besor, terung telunjuk, terung bulat, jagung, bayam, labu, timun dam macam2 lagi la..
abah tanam dekat ladang (selalu jadi rezeki meon), kebun tepi sungai dengan laman belakang rumah..

teringat dulu perasaan paling excited dalam hidup bile abah ajak pergi kebun tepi sungai..mesti dapat makan jagung fresh bakar sendiri..lepas tu lepak dekat tepi sungai cari siput sedut...

bunga bendi sulung dari pokok sulung kebunkome
nota kaki:
meon = monyet,
tajau = batang pancing untuk mengail ikan toman